sunnah untuk hari ini ialah berkaitan dengan kanak-kanak. tentang bagaimana Rasulullah *selawat dan salam ke atas junjungan baginda yang mulia* melayan kanak-kanak..
jom! let's watch this video from youtube.
ta buleh buka atau lambat atas asbab internet lambat atau lame sangat loading?..
jom. kita luangkan sedikit masa untuk membaca apa yang dibicarakan. mudah-mudahan, dapat dijadikan panduan..
Nabi S.A.W. begitu baik layanannya terhadap kanak-kanak. baginda mempamerkan asas pendidikan untuk anak-anak. sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik. setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. bukti, bayi dilahirkan dalam keadaan tulen, suci dan bersih dari segala kekurangan. dan nabi memelihara kesucian dan ketulenan ini.
antara contoh belaian kasih-sayang baginda kepada kanak-kanak ialah baginda suka menghidu,mendakap dan mencium mereka. pernah Al-Aqra' bin Habis melihat baginda juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda,
Ya Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu?
Nabi S.A.W. menjawab,
Ya.
lalu mereka berkata,
Sesungguhnya kami tidak mencium kanak-kanak kami.
Rasulullah S.A.W bersabda lagi,
Apa yang akan aku buatkan untuk kamu, andainya Allah S.W.T merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu
ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang. ramai yang tidak tahu ini adalah satu ibadah dan kebaikan. iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak. Nabi S.A.W suka mendukung kanak-kanak. kerap dilihat Hasan atau Husin atau kedua-duanya di atas bahagian belakang badan Rasulullah S.A.W. suatu hari, Anas bin Malik datang,dia melihat Nabi S.A.W dalam keadaam menongkat kedua tangan dan dua kakiknya dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda. maka dia berkata kepada Nabi S.A.W.
Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kanu berdua.
lalu Nabi S.AW. bersabda:
dan merekalah sebaik-baik penunggang, Ya Anas.
Nabi S.A.W memberi mereka kedudukan dan kemuliaan.
antara keindahan dalam hidup Rasulullah adalah ketika melayan kanak-kanak.nabi S.A.W selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak. pernah baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengannya.
Nabi S.A.W memiliki sifat kasihan, begitu melindungi kanak-kanak. suatu ketika baginda bersolat di dalam masjid. ketika bersolat, Umamah binti Zainab datang kepadanya dan memanjat belakang baginda. ketika itu, baginda dalam keadaan bersujud. lamanya baginda bersujud sehingga para sahabat menyangka baginda mengalami kekejangan. setelah selesai bersolat, baginda S.A.W bersabda
anak perempuanku ini duduk di atasku, dan aku tidak mahu menganggunya.
*sesiapa yang membimbing anak-anaknya, dia telah menjinakkan hasadnya*
Nabi S.A.W mendidik mereka, membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka. kerana inilah waktu sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup. saiyidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda. lalu Rasulullah mencabut kurma dari mulutnya (Husin) dan berkata "Kakh..kakh.."
maka, dia keluaran kurma dari mulutnya dan baginda bersabda
ia tidak halal bagi kita sebagai keluarga Muhammad. kerana ia adalah zakat.
baginda pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya bernama Abdullah. dia memanggil,
ya Abdullah! datang ke sini. aku hendak berikan kau sesuatu
apabila dia datang, baginda bertanya kepada si ibu,
apa yang kau nak berikan kepadanya?
saya akan berikannya kurma, jawab ibu tersebut. Mabi S.A.W bersabda,
sekiranya kau tak berikan apa-apa kepadanya mescaya, dituliskan untukmu sabagai penipu di sisi Allah S.W.T.
lihat? cara Nabi S.A.W yang mulia dalam memberi layanan kepada kanak-kanak.
Wallahualam :)